Sunday, January 3, 2010

Goodbye 2009, Hello 2010..

Happy new year 2010 to everyone. May this year will bring joy and happiness. God Bless..


~HAPPY NEW YEAR~







Sunday, November 1, 2009

Anak Kembar Punya Hal.


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata
kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula,
saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki
yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang
memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu
kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja
di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan
lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Saturday, October 31, 2009

Karipap 3 Seringgit.

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?
Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.
Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran
rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Selamat Pagi Cikgu.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat,
lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sunday, October 25, 2009

Diari Isteri dan Suami.

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...
Jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

DIARI ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe.
Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia
kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat
yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini
tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum
tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu.
Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia
tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat
jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian,
dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya
dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur.
Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan.
Hidupku terasa bergoncang.....



DIARI SUAMI


Hari ini MANCHESTER UNITED kalah. SIOTTT!!! TULLL...

Kisah Harimau Di Kelantan.


Pada masa yang lampau dan dahulu, maka terdapat la di suatu
kampung yang aman lagi bersih. Kampung ini terletak di KELANTAN.
Pada masa itu, haji Amran Arsyad menjadi seorang ketua kampung
yang adil lagi saksama. Mahu dijadikan cerita, kampung ini diserang
harimau belang. Harimau ini telah membaham ramai manusia. Tak cukup
manusia haiwan ternakan juga ia makan. Ketua kampung menjadi semakin
resah dan takut. Dengan satu suara terus memanggil semua orang kampung.
Maka datanglah semua penduduk kampung itu. Tok ketua telah memilih
3 orang wira kampung yang sudahpun berkahwin.

Tok ketua : Asan, Taib, Nodin, male(malam) ni mu buat la
gapo2(apa2) sebab ore(orang) kapung(kampung) stuju doh mu ore
di jadikan hero besok. Esok mu ore bawok la gapo2 dehh..

Asan, Taib, Nodin : bereh bohhh!!!

Pada malam itu, Asan dan Taib telah memesan isteri mereka
supaya memasak lauk pauk yang sedap2 dek kerana esok nya
dah nak kena tangkap rimau. Pada keesokan hari nya mereka
bertiga berkumpul di rumah tok ketua.

Tok ketua: Hoh.. mari dowh awok2 ni blako. hoh mu asan,
gapo dio mu bawok tuh?

Asan : golok tok!!!! pada masa yang sama sang belang turut berada
di semak berhampiran dan terdengar perbualan mereka itu.

Harimau(dalam hati) : Golok?? ahhh.. stakat golok tu,
dop(tidak) takut la aku.

Tok ketua : hoh mu taib, gapo pulok mu bawok tu?

Taib : Kawe bawo bedil(senapang). kalu kawe napok(nampak)
dio kawe hente(hentam) dio tok.

Harimau : Bedil?? xdan kau bedil kau aku baham.

Tok ketua: bagus2. hoh mu nodin, mu ni blenggang je mu bawok gapo???

Nodin: kawe x bawak gapo2 tok. kawe bawok batang pelir je tok.

Harimau : Hoh???? Batang Pelir??? apo dio plok(pulak) mnate senjato tuh??
hoh.. ini nok keno tanyo ni.. Lalu harimau pun lintang pukang lalu
berada lah dio di perkarangan rumah Nodin. Kebetulan isteri Nodin
tengah menyidai baju di ampaian, lalu terus harimau menerkam.
terkejut isteri lalu menjerit.....

Isteri Nodin: tulunnnnnnnnnnnnnn!!!!....

Harimau : Ehhh kak, jgn jerit kak... kawe nok(nak) tanyo
satu benda je. kak jangan takut. kawe dop make kakok.

Isteri Nodin: Gapo dia dik rimau....??

Harimau : Kak, Gapo dio batang pelir tuh kak??

Isteri Nodin: Huh Biso. kalu mu keno, mu histeria kesakitan,
kekejangan. kalu dia doh tembok(tembak) silap hari bulan perut
mu busung 9 bulan. antara mati hidup je mu. comform..

Harimau bila dengar jer isteri nodin cakap macam tu terus dia gabra dan lintang
pukang la harimau ini mencabutkan dirinya ntah kemana. HABIS....

Monday, October 19, 2009

Tersalah rendam...

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit
petua.

Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya
masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam
pertama
nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi
lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat
dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan
ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam
air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata
oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya.
Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.
Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya
kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari
biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya
kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya
sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya
dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

Sunday, October 18, 2009

Murid Tak Boleh Pakai.

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua
muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk
ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...
"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat
keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong
beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam
keadaan seperti hendak pitam...
Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami
semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"
sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali
bising macam biasa...